Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah
menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah
Maa’idah: 97)
“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang
terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara
ini, sebagai hamba Allah
yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik
rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab
supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian
penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota
lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi
kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti
yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu
adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua
negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin
dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi,
maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu
pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah
bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia
mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami
bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh
lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti
bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang
menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di
tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai
orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah
pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas,
bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar
diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan
rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat
Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah
adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun
yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong
melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia
berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan
di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah
penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa
planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya
di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang
dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut,
ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal
daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak
berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars,
radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa
radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet
Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara
dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di
mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas
tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar
antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang
tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak
dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita
mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri
yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta
yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa
batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di
air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu
tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan
batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar
Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan
dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar
Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya
dari Syurga selain batu itu.” (HR.
Thabrani)
Wallahu’alam….
Tidak ada komentar:
Posting Komentar